全部 标题 作者
关键词 摘要

OALib Journal期刊
ISSN: 2333-9721
费用:99美元

查看量下载量

相关文章

更多...

Prestasi alam sekitar rantaian industri tekstil dan pakaian di Malaysia: Faktor dorongan daripada perspektif pemodenan ekologi

Keywords: pensijilan alam sekitar , pengharmonian amalan alam sekitar , Peraturan Kualiti Alam Sekitar , prestasi alam sekitar , rantaian tekstil dan pakaian , Teori Pemodenan Ekologikal (TPE)

Full-Text   Cite this paper   Add to My Lib

Abstract:

Industri tekstil dan pakaian dianggap sebagai industri sunset terutama sekali dengan kemasukanChina sebagai ahli Pertubuhan Perdagangan Antarabangsa serta persaingan yang sengit dalam persekitaran bebas kuota sejak awal 2005. Persaingan yang hebat daripada pengeluar China daripada segi kos pengeluaran yang lebih rendah mempunyai impak ke atas prestasi alam sekitar dalam industri tersebut. Bagaimanapun, rantaian tekstil dan pakaian di Malaysia pernah mencatat pematuhan Peraturan Kualiti Alam Sekitar (Udara Bersih) 1978 setinggi 90 peratus. Kertas ini bertujuan menguji secara kuantitatif penghubungan industri-industri dalam paradigma Teori Pemodenan Ekologikal (TPE) dalam rantaian tekstil dan pakaian di Malaysia. Keputusan statistik Kendall tau-b menunjukkan faktor-faktor yang mendorong prestasi alam sekitar yang lebih baik ialah pendedahan kepada perdagangan antarabangsa, tahap integrasi menegak dan intensiti hubungan antarabangsa. Kertas ini merumuskan bahawa aplikasi TPE perlu diubahsuai berdasarkan konteks lokal dan pembangunan institusi di Malaysia agar dapat menambaik amalan pensijilan alam sekitar yang telah pun menyumbang kepada pengharmonian amalan alam sekitar, selaras dengan ciri TPE.

Full-Text

Contact Us

service@oalib.com

QQ:3279437679

WhatsApp +8615387084133