%0 Journal Article %T Prestasi alam sekitar rantaian industri tekstil dan pakaian di Malaysia: Faktor dorongan daripada perspektif pemodenan ekologi %A Er Ah Choy %J Geografia : Malaysian Journal of Society and Space %D 2009 %I Universiti Kebangsaan Malaysia %X Industri tekstil dan pakaian dianggap sebagai industri sunset terutama sekali dengan kemasukanChina sebagai ahli Pertubuhan Perdagangan Antarabangsa serta persaingan yang sengit dalam persekitaran bebas kuota sejak awal 2005. Persaingan yang hebat daripada pengeluar China daripada segi kos pengeluaran yang lebih rendah mempunyai impak ke atas prestasi alam sekitar dalam industri tersebut. Bagaimanapun, rantaian tekstil dan pakaian di Malaysia pernah mencatat pematuhan Peraturan Kualiti Alam Sekitar (Udara Bersih) 1978 setinggi 90 peratus. Kertas ini bertujuan menguji secara kuantitatif penghubungan industri-industri dalam paradigma Teori Pemodenan Ekologikal (TPE) dalam rantaian tekstil dan pakaian di Malaysia. Keputusan statistik Kendall tau-b menunjukkan faktor-faktor yang mendorong prestasi alam sekitar yang lebih baik ialah pendedahan kepada perdagangan antarabangsa, tahap integrasi menegak dan intensiti hubungan antarabangsa. Kertas ini merumuskan bahawa aplikasi TPE perlu diubahsuai berdasarkan konteks lokal dan pembangunan institusi di Malaysia agar dapat menambaik amalan pensijilan alam sekitar yang telah pun menyumbang kepada pengharmonian amalan alam sekitar, selaras dengan ciri TPE. %K pensijilan alam sekitar %K pengharmonian amalan alam sekitar %K Peraturan Kualiti Alam Sekitar %K prestasi alam sekitar %K rantaian tekstil dan pakaian %K Teori Pemodenan Ekologikal (TPE) %U http://pkukmweb.ukm.my/geografia/images/upload/4.2009-3-er%20ah%20choy-melayu.pdf