全部 标题 作者
关键词 摘要

OALib Journal期刊
ISSN: 2333-9721
费用:99美元

查看量下载量

相关文章

更多...

Kesan penggunaan peta konsep dan pembelajaran koperatif terhadap prestasi pelajar dalam mata pelajaran sejarah tingkatan empat

Full-Text   Cite this paper   Add to My Lib

Abstract:

Artikel ini cuba mengkaji mengenai keberkesanan penggunaan strategi kognitif peta konsep dan pembelajaran koperatif untuk meningkatkan kefahaman, pengetahuan jangka pendek, kemampuan menyelesaikan masalah yang diberi berdasarkan topik yang diajar dalam bentuk soalan esei pada akhir sesi pengajaran atau ujian bagi mata pelajaran Sejarah tingkatan empat. Kajian ini juga ingin melihat perbezaan pencapaian antara pelajar lelaki dan perempuan yang menggunakan strategi kognitif peta konsep dan pembelajaran koperatif berbanding pelajar lelaki dan perempuan yang tidakmenggunakan pembelajaran koperatif. Seramai 60 pelajar dari Sekolah Menengah di Pulau Pinang diambil sebagai sampel kajian. Kajian ini menggunakan eksperimen kuasi dengan rekabentuk faktorial 2x2 yang melibatkan ujian-t pada paras signifikan 0.05. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajar yang belajar menggunakan strategi pembelajaran peta konsep dan pendekatan koperatif dapat meningkatkan prestasi pencapaian dalam mata pelajaran Sejarah. Pelajar bukan sahaja dapat meningkatkan kefahaman terhadap topik yang diajar, malah dapat menggunakan pengetahuan yang baru diperolehi daripada pembelajaran secara koperatif untuk menyelesaikan masalah dengan lebih yakin. Oleh itu, pembelajaran menggunakan peta konsep dan strategi koperatif adalah dicadangkan untuk diamalkan dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sejarah tingkatan 4.

Full-Text

Contact Us

service@oalib.com

QQ:3279437679

WhatsApp +8615387084133