%0 Journal Article %T Kesan penggunaan peta konsep dan pembelajaran koperatif terhadap prestasi pelajar dalam mata pelajaran sejarah tingkatan empat %A MOHAN RATHAKRISHNAN %A BALAN RATHAKRISHNAN %J Jurnal Kemanusiaan %D 2005 %I Universiti Teknologi Malaysia %X Artikel ini cuba mengkaji mengenai keberkesanan penggunaan strategi kognitif peta konsep dan pembelajaran koperatif untuk meningkatkan kefahaman, pengetahuan jangka pendek, kemampuan menyelesaikan masalah yang diberi berdasarkan topik yang diajar dalam bentuk soalan esei pada akhir sesi pengajaran atau ujian bagi mata pelajaran Sejarah tingkatan empat. Kajian ini juga ingin melihat perbezaan pencapaian antara pelajar lelaki dan perempuan yang menggunakan strategi kognitif peta konsep dan pembelajaran koperatif berbanding pelajar lelaki dan perempuan yang tidakmenggunakan pembelajaran koperatif. Seramai 60 pelajar dari Sekolah Menengah di Pulau Pinang diambil sebagai sampel kajian. Kajian ini menggunakan eksperimen kuasi dengan rekabentuk faktorial 2x2 yang melibatkan ujian-t pada paras signifikan 0.05. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajar yang belajar menggunakan strategi pembelajaran peta konsep dan pendekatan koperatif dapat meningkatkan prestasi pencapaian dalam mata pelajaran Sejarah. Pelajar bukan sahaja dapat meningkatkan kefahaman terhadap topik yang diajar, malah dapat menggunakan pengetahuan yang baru diperolehi daripada pembelajaran secara koperatif untuk menyelesaikan masalah dengan lebih yakin. Oleh itu, pembelajaran menggunakan peta konsep dan strategi koperatif adalah dicadangkan untuk diamalkan dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sejarah tingkatan 4. %U http://www.fppsm.utm.my/download/doc_download/77-kesan-penggunaan-peta-konsep-dan-pembelajaran-koperatif-terhadap-prestasi-pelajar-dalam-mata-pelajar.html