全部 标题 作者
关键词 摘要

OALib Journal期刊
ISSN: 2333-9721
费用:99美元

查看量下载量

相关文章

更多...

Peranan Teori Psikolinguistik Dalam Pemurnian Dan Pemerkasaan Pendidikan Bahasa Melayu di Malaysia

Keywords: pemerolehan bahasa , pembelajaran bahasa , pengkayaan bahasa , pembentukan biasaan berbahasa , kecekapan berbahasa

Full-Text   Cite this paper   Add to My Lib

Abstract:

Makalah ini membicarakan dua bidang utama dalam disiplin linguistik, iaitu psikolinguistik dan pendidikan bahasa. Kita akan melihat bagaimana teori dan dapatan kajian dalam bidang psikolinguistik dapat diterapkan dalam bidang pendidikan bahasa, khususnya pendidikan bahasa Melayu di Malaysia. Penerapan teori dan dapatan kajian dalam bidang psikolinguistik ini melibatkan kedua-dua tahap dalam proses pendidikan bahasa, tahap perancangan dan pelaksanaan sesuatu program pendidikan bahasa. Beberapa aspek akan difokuskan dalam perbincangan, antara lain perbezaan antara pemerolehan bahasa pertama dan pembelajaran bahasa kedua, keperluan menyeimbangkan pengetahuan nahu dan pengetahuan kecekapan berbahasa, penerapan prinsip pengajaran pengkayaan bahasa dan pengajaran pembentukan biasaan berbahasa. Kita akan turut membincangkan kesan ketakseimbangan dalam perancangan dan pelaksanaan program pendidikan bahasa Melayu terhadap bentuk pengetahuan bahasa Melayu para pelajar, dan seterusnya pengaruh bentuk pengetahuan bahasa ini terhadap Negara, khususnya terhadap pemasyarakatan konsep satu Malaysia, iaitu Malaysia sebagai sebuah Negara yang bersatu padu, harmoni dan rakyatnya saling hormat menghormati.

Full-Text

Contact Us

service@oalib.com

QQ:3279437679

WhatsApp +8615387084133