全部 标题 作者
关键词 摘要

OALib Journal期刊
ISSN: 2333-9721
费用:99美元

查看量下载量

相关文章

更多...

Peluasan Bandaraya Metropolitan Jakarta dan impaknya terhadap gunatanah dan corak pekerjaan penduduk pinggiran: Kes Bandar Baru Bumi Serpong Damai

Keywords: bandar baru , kemiskinan , metropolitan , pertukaran gunatanah pertanian , petani , pinggir bandar

Full-Text   Cite this paper   Add to My Lib

Abstract:

Artikel ini menghuraikan kajian mengenai peluasan bandaraya metropolitan Jakarta dan impaknya terhadap guna tanah dan corak pekerjaan penduduk asal bandar baru Bumi Serpong Damai yang dilakukan pada tahun 2004. Bandar baru BSD terletak di Kabupaten Tangerang, lebih kurang 20 km di sebelah barat bandaraya metropolitan Jakarta. Desa sampel yang dikaji ialah Lengkong Gudang, Rawabuntu dan Pagedangan, yang masing-masingnya terletak 3km, 6km dan 9km dari tempat pusat bandar baru BSD. Daripada ketiga-tiga desa tersebut diambil sampel sebanyak 10 peratus atau 256 ketua keluarga penduduk asal. Kajian mendapati bahawa: (1) sebelum wujud bandar baru BSD, kawasan kajian merupakan kawasan percampuran antara pertanian dan bukan pertanian. Bilangan petani sampingan lebih banyak berbanding dengan petani sepenuh masa. Lebih kurang 46.9 peratus penduduk asal mempunyai tanah pertanian meskipun bersifat saradiri. Mereka yang tidak mempunyai tanah pertanian ramai bekerja sebagai peniaga kecil dan buruh kasar. Lebih kurang 50 peratus penduduk asal mempunyai paras pendapatan di bawah garis kemiskinan; (2) selepas wujud bandar baru BSD, ramai penduduk asal menjual tanahnya kepada pemaju BSD mengakibatkan bilangan bukan petani meningkat menjadi 82.8 peratus; (3) Bilangan penduduk asal yang mempunyai pendapatan di bawah garis kemiskinan masih sama sahaja dengan keadaan sebelum wujud bandar baru BSD iaitu lebih kurang 50 peratus. Kertas ini merumuskan bahawa pertukaran gunatanah pertanian menjadi bandar baru BSD hanya berjaya meningkatkan taraf hidup tidak lebih 50 peratus penduduk asal berkenaan, sedangkan 50 peratus lagi masih kekal dalam kancah kemiskinan.

Full-Text

Contact Us

service@oalib.com

QQ:3279437679

WhatsApp +8615387084133