全部 标题 作者
关键词 摘要

OALib Journal期刊
ISSN: 2333-9721
费用:99美元

查看量下载量

相关文章

更多...

Memahami permasalahan pelancongan di Kundasang, Sabah: kekuatan dan kelemahan pendekatan positivisme

Keywords: epistemologi , industri , kesan limpahan , penerangan , positivisme , Sabah

Full-Text   Cite this paper   Add to My Lib

Abstract:

Kertas ini secara asasnya cuba mengupas permasalahan pelancongan di Kundasang (Sabah) berdasarkan pendekatan epistemologi positivisme. Tujuannya ialah untuk (i) memaparkan beberapa aspek lahiriah (empirikal) kepincangan industri pelancongan di kawasan berkenaan, (ii) menjelaskan kepincangan ini dari perspektif postivisme sendiri, dan (iii) menunjukkan bagaimana penjelasan yang lebih bererti dapat dan harus didatangkan dari pendekatan-pendekatan epistemologi selain positivisme. Adalah didapati bahawa kekuatan perspektif positivisme ialah dalam mengenalpasti tiga faktor utama yang mempengaruhi kegagalan industri pelancongan sebagai katalis pembangunan Kundasang, iaitu pertumbuhan pusat urban yang lembab, kebocoran pendapatan, dan tahap mandiri’ penduduk setempat yang lemah. Kelemahan perspektif positivisme ialah kegagalannya mengungkap dan menjawab dua persoalan kritikal yang mendasari permasalahan pelancongan di Kundasang, iaitu: (i) Mengapakah aliran modal asing yang masuk ke kawasan Kundasang gagal memberi kesan pengganda dan limpahan ekonomi di peringkat lokal ?; dan (ii) mengapakah kedatangan para pekerja migran yang agak besar jumlahnya tidak memberi sumbangan kepada pertumbuhan fungsi runcit dan perkhidmatan urbanisasi di Kundasang? Kertas ini menyimpulkan bahawa jawapan kepada dua persoalan dasar itu memerlukan aplikasi pendekatan bukan positivism.

Full-Text

Contact Us

service@oalib.com

QQ:3279437679

WhatsApp +8615387084133