全部 标题 作者
关键词 摘要

OALib Journal期刊
ISSN: 2333-9721
费用:99美元

查看量下载量

相关文章

更多...

Pembandaran dan rebakan bandar di pinggir Wilayah Metropolitan Klang-Langat

Keywords: fragmentasi guna tanah , pembandaran , perancangan bandar , pinggir bandar , rebakan bandar , wilayah metropolitan

Full-Text   Cite this paper   Add to My Lib

Abstract:

Proses rebakan guna tanah bandar ke pinggir telah memperlihatkan banyak petempatan luar bandar di zon luaran wilayah metropolitan di negara membangun termasuk Malaysia bertukar menjadi taman perumahan dan pusat komersial selain kawasan perindustrian. Kajian ini bertujuan mengesan proses rebakan bandar di wilayah metropolitan Klang-Langat dan kesannya terhadap petempatan dan guna tanah dengan tumpuan khas kawasan luar bandar di pinggirnya. Menggunakan laporan banci penduduk dan perumahan 1991 dan 2000; serta data guna tanah Jabatan Pertanian 1984, 1995, 2000 dan 2006, perubahan petempatan dan rebakan bandar di kawasan tersebut dapat dikesan. Seperti dijangka keluasan guna tanah bandar mengalami pertambahan yang pesat khususnya di Koridor Barat Daya wilayah metropolitan berkenaan. Begitu juga sebaliknya guna tanah pertanian yang semakin menurun. Bagaimanapun, penyusutan kawasan hutan tidak begitu ketara. Bukti turut menunjukkan bahawa fragmentasi guna tanah yang ketara wujud di zon pinggiran. Ini adalah petanda bahawa proses pembangunan di zon tersebut dilakukan secara kurang terkawal. Proses pembandaran dan rebakan bandar telah mengubah guna tanah dan seterusnya penduduk kawasan pinggir bandar wilayah metropolitan Klang-Langat. Kefahaman tentang proses ini boleh membantu pihak berkuasa tempatan merancang pembangunan masa hadapan kawasan tersebut.

Full-Text

Contact Us

service@oalib.com

QQ:3279437679

WhatsApp +8615387084133