全部 标题 作者
关键词 摘要

OALib Journal期刊
ISSN: 2333-9721
费用:99美元

查看量下载量

相关文章

更多...

Pertanian Kontrak sebagai satu kaedah memajukan petani kecil Melayu: Tanggapan dan penilaian komuniti tani tempatan di Zon Utara, Semenanjung Malaysia terhadap prestasi program Pertanian Kontrak FAMA

Keywords: kajian persepsi , komuniti tani tempatan , pemasaran pertanian , penjagaan ladang , pertanian kontrak , petani kecil

Full-Text   Cite this paper   Add to My Lib

Abstract:

Dalam rangka negara Malaysia meningkatkan pengeluaran makanan dan pertumbuhan ekonomi, serta menjadikan pertanian sebagai perniagaan, maka program Pertanian Kontrak diperkenalkan oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) sebagai satu mekanisme untuk membantu pengusaha pertanian berskala kecil dan sederhana memasarkan hasil tani mereka. Untuk melihat sejauhmana Pertanian Kontrak FAMA ini dapat berfungsi sebagai mekanisme yang berkesan dalam memajukan petani kecil Melayu maka sebuah kajian telah dijalankan di Zon Utara Semenanjung Malaysia pada awal tahun 2009 yang melibatkan kajiselidik terhadap 200 responden dari kalangan komuniti tani tempatan. Kertas ini memaparkan dapatan dari kajiselidik tersebut. Dapatan kajian menunjukkan bahawa projek Pertanian Kontrak FAMA pada umumnya ditanggapi oleh 51.0% komuniti tani tempatan sebagai kurang berjaya mengubah nasib petani yang menyertainya. Sebab-sebab yang ditanggapi mengapa dan bagaimana ini berlaku ialah (1) peserta projek Pertanian Kontrak tidak berjaya/berhenti separuh jalan kerana tanaman tidak menjadi akibat kurangnya penjagaan ladang.; (2) harga belian FAMA sentiasa rendah, iaitu lebih rendah dari harga pemborong luar atau harga pasaran semasa; (3) kos penjagaan ladang meningkat tinggi di mana persilangan antara harga belian FAMA yang masih rendah dengan kos penjagaan ladang yang meningkat tinggi menyebabkan pendapatan petani tidak mengalami peningkatan; dan (4) syarat-syarat FAMA yang rumit baik dari segi tahap kualiti mahupun kuantiti hasil ladang yang perlu ditepati oleh peserta. Sambil mengambil perhatian bahawa keadaan ini mencerminkan kepincangan di pihak institusi-institusi pelaksana pembangunan pertanian Malaysia sendiri, kertas ini menyimpulkan bahawa berdasarkan tanggapan dan penilaian komuniti tani tempatan yang dikaji projek Pertanian Kontrak FAMA setakat ini masih belum mampu berperanan sebagai satu kaedah yang berwibawa untuk memajukan petani kecil Melayu.

Full-Text

Contact Us

service@oalib.com

QQ:3279437679

WhatsApp +8615387084133