全部 标题 作者
关键词 摘要

OALib Journal期刊
ISSN: 2333-9721
费用:99美元

查看量下载量

相关文章

更多...

Analisis kesejahteraan hidup nelayan pesisir

Full-Text   Cite this paper   Add to My Lib

Abstract:

Kajian ini menganalisis faktor-faktor penentu kepada kesejahteraan hidup para nelayan pesisir di daerah Kuala Terengganu. Isu mengenai kesejahteraan atau kualiti hidup nelayan menjadi sangat penting sekarang ini kerana rata-rata para nelayan pesisir termasuk dalam golongan rakyat yang miskin dan pembangunan golongan ini menjadisalah satu agenda terpenting kerajaan. Kajian ini menumpukan kepada empat aspek utama iaitu profil atau atribut nelayan, peranan kerajaan, peranan komuniti dan demografik. Aspek atribut nelayan yang merupakan penentu kepada kesejahteraan hidup terdiri daripada pendapatan, perbelanjaan, simpanan, pemilikan rumah, tanah, kenderaan, kemudahan dan peralatan nelayan, kesihatan dan pendidikan. Peranan kerajaan yang juga merupakan komponen penentu kesejahteraan hidup nelayan dilihatdari aspek prasarana, kursus dan latihan, khidmat nasihat, pemasaran, penguatkuasaan, penyelidikan dan pembangunan nelayan. Manakala peranan komuniti dilihat dari segi keamanan dan keharmonian masyarakat, semangat kerjasama, masalah sosial dan kerja-kerja kebajikan yang diusahakan oleh masyarakat setempat. Peranan komuniti dianggap sebagai moderator kepada kesejahteraan hidup nelayan setempat. Respondenkajian ini diambil secara rawak di beberapa buah kampung nelayan di sekitar Kuala Terengganu. Ujian korelasi menunjukkan sebilangan besar faktor-faktor penentu mempunyai hubungan yang signifikan dengan kesejahteran hidup nelayan.

Full-Text

Contact Us

service@oalib.com

QQ:3279437679

WhatsApp +8615387084133