全部 标题 作者
关键词 摘要

OALib Journal期刊
ISSN: 2333-9721
费用:99美元

查看量下载量

相关文章

更多...

Pendedahan maklumat kewangan menerusi internet: praktis dan hubungannya dengan penentu syarikat

Full-Text   Cite this paper   Add to My Lib

Abstract:

Kajian ini membincangkan amalan pelaporan penyata kewangan menerusi internet dalam laporan tahunan syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia. Objektif utama kajian untuk melihat sama ada wujud hubungan di antara pendedahan maklumat kewangan menerusi internet dengan penentu syarikat. Sampel kajian ini terdiri daripada keseluruhan 598 buah syarikat yang tersenarai di Papan Utama Bursa Malaysia sehingga berakhir pada 31 Disember 2003. Hasil kajian mendapati sebanyak 357 buah (65.9%) syarikat mempunyai laman Web dengan 259 buah (72.5%) syarikat mendedahkan maklumat kewangan sekaligus menunjukkan bahawa terdapat peningkatan bilangan syarikat yang mendedahkan maklumat kewangan menerusi Internet di Malaysia. Seterusnya, melalui ujian statistik yang dilakukan menunjukkan bahawa saiz syarikat, keuntungan syarikat dan jenis industri adalah antara penentu yang mempunyai hubungan yang positif dengan amalan pendedahan maklumat kewangan menerusi internet bagi syarikat yang tersenarai di Papan Utama Bursa Malaysia.

Full-Text

Contact Us

service@oalib.com

QQ:3279437679

WhatsApp +8615387084133