全部 标题 作者
关键词 摘要

OALib Journal期刊
ISSN: 2333-9721
费用:99美元

查看量下载量

相关文章

更多...

Latihan dan prestasi kerja dalam menggunakan automasi industri

Full-Text   Cite this paper   Add to My Lib

Abstract:

Persoalan tentang automasi bukan lagi berkisar sekitar kemampuan syarikat pembuatan melaksanakan pengeluaran dengan automasi tetapi sejauh mana syarikat dapat meningkatkan produktiviti dan menghasilkan produk yang berkualiti melalui tahap kecekapan optimum. justeru itu penggunaan automasi memerlukan lebih ramai pekerja pengeluaran yang terlatih untuk meningkatkan daya saing industri di pasaran. Bagi memenuhi keperluan ini, latihan perlu dikukuhkan dan dijalankan secara sistematik. Latihan membolehkan seseorang pekerja menjadi lebih cekap, meningkatkan prestasi kerja individu dan seterusnya memberi kesan positif kepada prestasi syarikat. Kajian ini merupakan satu kajian tinjauan mengenai hubungan latihan dalam menggunakan automasi industri dengan prestasi kerja. Pengumpulan data dilakukan dengan menggunakan kaedah soal selidik yang diberikan kepada operator dan penyelia di syarikat pembuatan simen di Indonesia. Hasil analisis data menunjukkan tidak terdapat hubungan positif antara latihan dengan prestasi kerja. Dapatan kajian juga menunjukkan majoriti prestasi kerja operator berada di tahap sederhana manakala keberkasnanan dan tahap latihan dalam menggunakan automasi industri secara keseluruhannya berada pada tahap tinggi.

Full-Text

Contact Us

service@oalib.com

QQ:3279437679

WhatsApp +8615387084133