全部 标题 作者
关键词 摘要

OALib Journal期刊
ISSN: 2333-9721
费用:99美元

查看量下载量

相关文章

更多...

Kekongruenan personaliti-persekitaran kursus dan hubungannya dengan pencapaian akademik di kalangan pelajar

Full-Text   Cite this paper   Add to My Lib

Abstract:

Kajian ini telah dilaksanakan ke atas pelajar tahun satu kursus Sarjana Muda Sains (Pembangunan Sumber Manusia), Fakulti Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia, semester dua, sesi 2006/2007, UTM Skudai. Seramai 90 orang pelajar telah dipilih secara rawak sebagai sampel kajian. Antara objektif kajian ini termasuk mengenalpasti polapersonaliti-persekitaran kursus dan tahap darjah kongruen di kalangan pelajar dan mengenalpasti hubungan antara pencapaian akademik dengan darjah kongruen personalitipersekitaran kursus. Alat kajian Self-Directed Search (SDS)-Form Easy (Versi terjemahan Amla, 1984) telah digunakan bagi mengenalpasti pola personaliti-persekitaran pelajar. Tahap darjah kongruen personaliti-persekitaran kursus pula telah ditentukan dengan menggunakan Indeks Kongruen Iachan. Kaedah analisis deskriptif yang digunakan ialah kekerapan, peratusan dan min skor. Korelasi Pearson ‘r’ digunakan dalam analisis inferensi bagi menjawab hipotesis kajian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kod tiga huruf pelajar ialah SEA dan mempunyai tahap darjah kongruen iaitu padanan yang baik dengan kod tiga huruf Holland. Selain itu, tidak terdapat hubungan signifikan antara pencapaian akademik dengan darjah kongruen personaliti-persekitaran kursus di kalangan pelajar kajian. Secara keseluruhannya, walaupun tidak terdapat hubungan antara pencapaian akademik dengan darjah kongruen personaliti-persekitaran kursus pelajar, namun dapatan kajian ini telah membantu dalam mengenalpasti pola personaliti-persekitaran kursus dan tahap darjahkongruen di kalangan pelajar kajian.

Full-Text

Contact Us

service@oalib.com

QQ:3279437679

WhatsApp +8615387084133