全部 标题 作者
关键词 摘要

OALib Journal期刊
ISSN: 2333-9721
费用:99美元

查看量下载量

相关文章

更多...

Tahap penggunaan dan halangan perbankan internet (Maybank2u) di kalangan pelanggan

Full-Text   Cite this paper   Add to My Lib

Abstract:

Kewujudan perbankan internet telah memberikan pendekatan baru kepada firma perbankan untuk bersaing dengan bank-bank milik asing. Walau bagaimanapun, kejayaan saluran terbaru bagi produk dan perkhidmatan bank ini bergantung kepada tahap penggunaan pelanggannya. Kajian ini bertujuan mengukur tahap dan mengenal pasti faktor yang menghalang penggunaan perbankan internet khususnya penggunaan Maybank2u di kalangan pelanggan Maybank Berhad. Berdasarkan soal selidik yangdijalankan, didapati tahap penggunaan ke atas semua jenis transaksi yang disediakan oleh Maybank2u berada di tahap yang agak rendah. Analisis menunjukkan bahawa isu kepercayaan, kepentingan keselamatan, kemudahan mengakses, kepentingan hubungan interpersonal, kewujudan saluran alternatif dan kurangnya kesedaran memberikan kesan ke atas tahap penggunaan perbankan internet khususnya Maybank2u.

Full-Text

Contact Us

service@oalib.com

QQ:3279437679

WhatsApp +8615387084133