全部 标题 作者
关键词 摘要

OALib Journal期刊
ISSN: 2333-9721
费用:99美元

查看量下载量

相关文章

更多...

Persepsi pelanggan bukan Islam terhadap perbankan Islam: Satu kajian rintis

Keywords: Perbankan Islam , Pelanggan bukan Islam , pengetahuan , produk , faktor pemilihan

Full-Text   Cite this paper   Add to My Lib

Abstract:

Kajian rintis ini bertujuan mengkaji persepsi pelanggan bukan Islam terhadap perbankan Islam. Data dikumpul melalui kaedah soalselidik yang diedarkan secara persampelan rawak kepada pelanggan-pelanggan bukan Islam dan dianalisis menggunakan kaedah deskriptif. Hasil kajian rintis yang telah dilakukan di sekitar Kuala Terengganu mendapati kebanyakan pelanggan masih lagi mempunyai tahap pengetahuan yang rendah mengenai perbankan Islam dengan sumber pengetahuan mereka yang utama adalah akhbar dan televisyen. Sebahagian besar responden tidak yakin perbankan Islam dapat menyaingi perbankan konvensional dan ramai juga responden yang belum menggunakan perbankan Islam turut menyatakan tidak berminat untuk menggunakan perbankan Islam. Kajian rintis ini juga mendapati faktor-faktor penting yang mempengaruhi pelanggan-pelanggan bukan Islam dalam pemilihan bank ialah faedah yang tinggi, tabungan yang selamat, perkhidmatan yang cepat dan efisyen, transakasi yang cepat, dan kualiti perkhidmatan. Produk perbankan Islam yang mendapat sambutan pelanggan bukan Islam ialah akaun simpanan, pelaburan dalam saham dan kad kredit.

Full-Text

Contact Us

service@oalib.com

QQ:3279437679

WhatsApp +8615387084133