|
Jurnal Kemanusiaan 2005
"The Way Forward": Pemikiran Mahathir mengenai Pembangunan Ekonomi MalaysiaAbstract: Artikal ini bertujuan mengupas pemikiran bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad melalui penulisannya berjudul The Way Forward. Beliau banyak mengetengahkan dalam bentuk penulisan supaya masyarakat dapat mengenali dan memahami gaya kepimpinan dan perlaksanaan dasar. Srnagai seorang 'thinking politician', beliau telah mampu untuk bertahan selama 22 tahun sebagai Perdana Menteri sebelum bersara pada bulan oktober 2003. Buku The Way Forward merupakan buku ketiga beliau iaitu selepas buku The Malay Dilemma dan bu The Challenge. Tema utama penulisan ini adalah kemajuan dalam bidang ekonomi yang bertujuan untuk membaiki hubungan etnik di Malaysia. Antara topik yang dibincangkan termasuklah Dasar Ekonomi Baru (DEB): perlaksanaan, pencapaian dan kesan, analisis peristiwa 13 Mei 1969, penjajahan British dan kedudukan orang Melayu, Kedatangan orang Cina dan India serta kegegalan orang Melayu, pendidikan dan orang Melayu, kritikan ke atas golongan aristokrat, sikap pemimpin serta perubahan nilai dan amalan budaya. Menerusi buku ini, para pembaca boleh menganalisis pemikiran beliau ke atas isu-isu ekonomi dan pembangunan yang dikupas secara menyeluruh. Tambahan pula, buku tersebut dihasilkan sewaktu negara sedang menghadapi kegawatan ekonomi yang melanda rantau ketika itu.
|