全部 标题 作者
关键词 摘要

OALib Journal期刊
ISSN: 2333-9721
费用:99美元

查看量下载量

相关文章

更多...

Politik pentadbiran di Malaysia: Penilaian pegawai awam terhadap dasar politik dan kepimpinan nasional

Full-Text   Cite this paper   Add to My Lib

Abstract:

Pelaksanaan sesuatu dasar yang berkaitan dengan politik dan kepimpinan di Malaysia sentiasa menarik perhatian terutama apabila timbulnya krisis membabitkan perkara tersebut. Pelaksanaan dasar politik seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (Internal Security Act), Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) dan Akta Rahsia Rasmi (Official Secret Act), surat Akujanji dan Bab D Perintah-perintah Am seringkali menjadi isu politik dan menimbulkan keraguan banyak pihak. Namun, kepimpinannasional di bawah pentadbiran Dr. Mahathir dapat menangani kritikan dan bantahan tersebut melalui pendekatan pembaharuan yang telah diperkenalkan. Justeru itu, artikel ini akan membincangkan penilaian pegawai awam terhadap dasar-dasar politik dan kepimpinan nasional yang telah banyak mempengaruhi dan mengubah paradigma, tindakan dan sokongan rakyat terhadap kerajaan dan pemimpin itu sendiri. Isu-isutersebut telah memberikan kesan yang besar ke atas prestasi Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum ke-11 tahun 1999 apabila tumbang di Terengganu dan gagal menawan Kelantan daripada Parti Islam SeMalaysia (PAS). Oleh itu, pemimpin dan kerajaan perlu menerima hakikat bahawa tahap kepekaan dan kematangan politik rakyat Malaysia semakin tinggi dalam menilai perkembangan politik, kepimpinan danpentadbiran negara.

Full-Text

Contact Us

service@oalib.com

QQ:3279437679

WhatsApp +8615387084133