|
REKA BENTUK DAN PEMBANGUNAN PEMBELAJARAN ATAS TALIAN MENGGUNAKAN SUMBER TERBUKA DALAM PENGURUSAN DAN KEPIMPINAN PENDIDIKANKeywords: Pembelajaran atas talian , sumber terbuka , bakal pengurus , pemimpin sekolah , e-Headship , e-Learning , management system , open source , school heads , e-Heads Abstract: Kajian ini bertujuan menilai penggunaan pembelajaran atas talian dalam kalangan bakal pengurus dan pemimpin sekolah. Kajian ini dijalankan dalam dua fasa. Fasa pertama membangunkan sistem pembelajaran atas talian menggunakan sumber terbuka Moodle. Fasa ini menekankan proses mereka bentuk dan membangunkan prototaip sistem pembelajaran atas talian yang dinamakan e-Headship. Modul kandungankursus adalah yang berkaitan dengan kursus Kelayakan Profesional Kebangsaan untuk Pengurus dan Pemimpin Sekolah (National Profesional QualiTcation for Headship (NPQH)). Fasa kedua kajian ini berkaitan dengan penilaian pembelajaran atas talian yang telah dibangunkan terhadap peserta kursus NPQH yang bakal menjadi pengurus dan pemimpin sekolah di Malaysia. Penilaian dalam kajian ini adalahberkaitan dengan kandungan pembelajaran atas talian peserta kursus yang dikaji. Peserta kursus adalah terdiri daripada bakal pengurus dan pemimpin sekolah yang mengikuti kursus di Institut Aminuddin Baki, iaitu institut yang memberi latihan kepada pengurus dan pemimpin sekolah. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian eksperimental ujian pasca untuk melihat dapatan kajian yang dijalankan. Seramai 60 responden yang terdiri daripada peserta kursus NPQH terlibat dalam kajian ini. Pengumpulan data dibuat melalui borang soal selidik. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pengetahuan, penggunaan, kemahiran dan tahap kognitif kumpulan rawatan adalah tinggi daripada kumpulan kawalan yang menggunakan e-Headship berbanding kaedah pengajaran dan pembelajaran konvensional. Adalah diharapkan agar pembangunan prototaip pembelajaran atas talian ini dapat membantu pihak IAB membuat penambahbaikan terhadapprogram latihan pengurusan dan kepimpinan sekolah secara lebih menyeluruh pada masa akan datang.This study aimed to investigate the use of e-learning among school heads in educational management and educational leadership. The study was conducted in two phases. The Trst was to develop an e-learning management system using open source software, Moodle. This phase emphasized on the processes involved in designing and developing the e-learning management system prototype, named e-Headship. The content of e-Headship was related to modules on the National Professional QualiTcation for Headship (NPQH) programme. The second phase of the study was the evaluation of e-Headship. The elements evaluated in this paper were the e-learning content. The participants involved were those trained as future heads of schools in Malaysia. They were all trained at Institut Aminudin Baki (IAB), an institute for training schools’ a
|