全部 标题 作者
关键词 摘要

OALib Journal期刊
ISSN: 2333-9721
费用:99美元

查看量下载量

相关文章

更多...

Faktor-faktor yang mempengaruhi komitmen pekerja di organisasi awam

Full-Text   Cite this paper   Add to My Lib

Abstract:

Kajian ini melihat gelagat pekerja tentang komitmen terhadap organisasi. Penyelidik menganalisis hubungan signifikan di antara angkubah bebas seperti faktor demografik, faktor psikologi dan faktor organisasi dengan komitmen pekerja terhadap organisasi. Kajian dijalankan dengan menggunakan borang soal selidik yang diterima daripada 113 kakitangan awam di beberapa jabatan kerajaan. Kajian mendapati bahawa purata keseluruhan bagi komitmen pekerja terhadap organisasi hanya berada di tahap sederhana iaitu pada kadar 58.4 peratus. Elemen tahap pendidikan dalam angkubah demografik didapati mempunyai hubungan korelasi positif pada aras keyakinan 0.05 kepada komitmen pekerja terhadap organisasi, manakala elemen-elemen demografik lain seperti usia, status perkahwinan, tempoh perkhidmatan dan pendapatan tidak menunjukkan hubungan korelasi yang signifikan ke atas komitmen pekerja terhadap organisasi. Angkubah psikologi pula menunjukkan tahap hubungan korelasi positif kepada komitmen pekerja terhadap organisasi pada aras keyakinan 0.01. Korelasi angkubah organisasi dengan komitmen pekerja pula menunjukkan tahap hubungan korelasi positif pada aras keyakinan 0.01.

Full-Text

Contact Us

service@oalib.com

QQ:3279437679

WhatsApp +8615387084133