|
Jurnal Kemanusiaan 2005
Kesan persepsi kebergunaan, kesenangan mengguna dan keseronokan mengguna terhadap penggunaan e-melAbstract: Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji hubungan di antara persepsi kebergunaan, kesenangan mengguna, keseronokan mengguna, jantina dan umur dalam menjelaskan kadar penggunaan e-mail di kalangan pelajar universiti. Data telah dikumpul dengan menggunakan borang soal selidik isi sendiri daripada 150 pelajar di sebuah universiti awam tempatan. Kajian ini menggunakan " Technology Acceptance Model" (TAM) yang dibangunkan oleh Davis (1989) sebagai asas pembentukan model. Hasil penemuan menunjukkan bahawa jantina dan umur tidak mempengaruhi kadar penggunaan e-mel. Persepsi kebergunaan dan keseronokan mengguna mempunyai kesan positif terhadap kadar penggunaan e-mel, begiru juga dengan persepsi kesenagan mengguna. Daripada penemuan ini, dapat disimpulkan bahawa dalam penggunaan teknologi, pengguna inginkan sebuah sistem yang berguna, menyeronokkan dan juga senang digunakan. Implikasi penemuan kajian juga turut dibincangkan.
|