%0 Journal Article %T Falsafah pemikiran politik Dr. Mahathir Mohamad %A Rusdi Omar %A Sivamurugan Pandian %J Jurnal Kemanusiaan %D 2006 %I Universiti Teknologi Malaysia %X Artikel ini membincangkan mengenai pemikiran ¡®Mahathirisme¡¯ yang merupakan satu pengamatan terhadap perlambangan falsafah pemikiran politik Tun Dr. Mahathir Mohamad. Istilah ¡®Mahathirisme¡¯ dicetuskan dari idea yang melihat keunikan pentadbiran Dr. Mahathir bersama falsafah dan cara pengurusan negara yang ingin dibawanya ke arah negara maju pada tahun 2020. Mahathirisme sebenarnya boleh dilihat daripada bentuk ideologi politik yang melahirkan lima komponen dasar pemerintahan beliau, iaitu nasionalisme, kapitalisme, Islam, populisme dan autoritarianisme. Di samping itu, terdapat empat faktor utama yang membentuk falsafah pemikiran politik beliau iaitu keluarga, penjajahan negara, kedoktoran dan ¡®C.H.E Det¡¯. Dengan gabungan idea yang diserap dan digubalkan sebagai falsafah, ¡®Mahathirisme¡¯ telah berjaya membawa Malaysia sebagai sebuah negara yang disegani dan dihormati di persada antarabangsa. %U http://www.fppsm.utm.my/download/doc_download/62-falsafah-pemikiran-politik-dr-mahathir-mohamad.html