%0 Journal Article %T British dan resolusi 242 1967: Pengajaran sejarah untuk pelan damai di asia barat %A Muhamad Hasrul Zakariah %J Jurnal Kemanusiaan %D 2007 %I Universiti Teknologi Malaysia %X Konflik Arab Israel sejak tahun 1947 sehingga kini masih kelihatan tidak ada penghujungnya. Walaupun dalam tempoh yang panjang itu, proses dan rundingan damai tajaan pelbagai pihak telah direncanakan, namun hasilnya sehingga kini wilayah Palestin yang bergolak masih tidak menemukan sebarang jalan perdamaian. Yang terbaru pula ialah perlantikan bekas Perdana Menteri Britain, Tony Blair sebagai wakil khas quartet kuasa-kuasa besar ke Asia Barat kelihatan tidak menjanjikan perdamaian untuk wilayah yang telah lama bergolak itu. Malah, konflik yang selama ini hanya membabitkan Israel dan Arab berhubung Palestin kian getir apabila konflik ini semakin rumit membabitkan Israel, pejuang-pejuang Hamas di Gaza dan sekutu Barat, pergerakan Fatah di Tebing Barat. Justeru, timbul persoalan tentang sebab-sebab kepada kegagalan segala rundingan damai yang berlangsung sejak tahun 1949 lagi. Bagi menjawab persoalan ini, perbincangan akan memfokuskan tentang rundingan damai yang berlangsung selepas perang Arab-Israel 1967. Rundingan damai yang menghasilkan resolusi 242 PBB telah dirangka oleh pihak British yang kemudiannya disahkan oleh PBB. Perbincangan yang menggunakan sepenuhnya dokumen-dokumen arkib British di England ini akan meninjau sikap dan tindak-tanduk British ketika merangka dan kemudiannya menaja pelan damai tersebut. Melalui tinjauan dokumen-dokumen rasmi kerajaan Britain ini, diharapkan kajian ini akan menjawab persoalan tentang punca kegagalan proses perdamaian di Asia Barat moden. %U http://www.fppsm.utm.my/download/doc_download/44-british-dan-resolusi-242-1967-pengajaran-sejarah-untuk-pelan-damai-di-asia-barat.html