%0 Journal Article %T Pelaporan kewangan menerusi internet: perspektif teori kontingensi %A Mohd Noor Azli bin Ali Khan %A Noor Azizi bin Ismail %J Jurnal Kemanusiaan %D 2009 %I Universiti Teknologi Malaysia %X Penyelidikan terhadap pelaporan kewangan menerusi Internet (PKMI) merupakan satu bidang yang amat penting untuk diselidiki. Hasil penelitian ulasan karya lepas menunjukkan bahawa penyelidikan PKMI boleh dibahagikan kepada tiga kategori utama: kajian satu negara, kajian beberapa negara dan kajian peringkat antarabangsa. Secara metodologi pula, penyelidikan PKMI boleh dikategorikan kepada tiga kumpulan, iaitu: kajian deskriptif, kajian perbandingan dan kajian penerokaan. Artikel ini cuba mengkaji berkemungkinan bahawa faktor kontingensi boleh dilihat sebagai salah satu faktor penentu yang mempengaruhi praktis PKMI oleh syarikat. Antara faktor kontingensi yang dijangka mempengaruhi praktis PKMI ialah risiko, teknologi dan strategi pelaporan. Model kontingensi sistem pelaporan kewangan korporat sepertimana diutarakan oleh Thomas (1991) digunakan sebagai asas untuk mencadangkan kerangka kerja penyelidikan yang berkaitan PKMI. Justeru, selain karakter spesifik syarikat, faktor kontingensi dilihat turut berupaya mempengaruhi praktis PKMI dan ini memerlukan pembuktian secara empirikal. %K faktor kontingensi %K karakter spesifik syarikat dan pelaporan kewangan menerusi Internet %U http://www.fppsm.utm.my/download/doc_download/199-pelaporan-kewangan-menerusi-internet-persepktif-teori-kontingensi.html