%0 Journal Article %T Pelaporan penyata aliran tunai di Malaysia: Satu kajian lanjutan %A Mohd. Nor Azli Ali Khan %A Kamaruzzaman Abdul Rahim %J Jurnal Kemanusiaan %D 2005 %I Universiti Teknologi Malaysia %X Kajian ini merupakan kajian lanjutan bagi membincangkan amalan pelaporan aliran tunai dalam laporan tahunan syarikat yang tersenarai di Bursa Kuala Lumpur (BSKL), Kini dikenali sebagai Bursa Malaysia. Objektif utama kajian adalah untuk melihat sama ada wujud hubungan antara kaeah pelaporan penyata aliran tuani daripada aktiviti kendalian dengan ciri syarikat. Di samping itu juga, kajian ini turut mengkaji praktis terkini pelaporan aliran tunai daripada aktiviti kendalian, Teknik persampelan secara rawak digunakan di dalam kajian ini. Sampel terdiri daripada 181 buah syarikat dalam pelbagai industri iaitu dipilih daripada 598 buah syarikat yang tersenarai di Papan Utama BSKL sehingga 31 Disember 2003. Hasil kajian mendapatai bahawa kaedah tidak langsung merupakan kaedah yang popular di kalangan sampel kajian dalam melaporkan aliran tunai bagi aktiviti kendalian. Seterusnya melalui ujian statistik yang dilakukan didapati bahawa tidak wujud hubungan antara kaedah pelaporan aliran tunai daripada aktiviti kendalian dengan jenis industri, saiz syarikat dan firma audit yang mengaudit syarikat. %U http://www.fppsm.utm.my/download/doc_download/81-pelaporan-penyata-aliran-tunai-di-malaysia-satu-kajian-lanjutan.html