%0 Journal Article %T Penggunaan internet dalam menyalurkan maklumat korporat %A Mohd. Noor Azli bin Ali Khan %A Noor Azizi bin Ismail %J Jurnal Kemanusiaan %D 2007 %I Universiti Teknologi Malaysia %X Makalah ini cuba meneliti sorotan literatur mengenai pelaporan kewangan menerusi internet (PKMI). Bidang kajian ini dipelopori oleh sarjana barat yang mendapati bahawa terdapat beberapa laman web di Sweden telah dibangunkan sebelum tahun 1995 (Hedlin, 1999). Manakala di Malaysia, bidang ini turut mendapat perhatian para sarjana mulai tahun 1999. Makalah ini turut membentangkan beberapa sub tema kajian terdahulu yang boleh dibahagikan kepada beberapa komponen utama iaitu pelaporan menerusi internet, peranan internet dalam pelaporan korporat, definisi dan terma, pembangunan pelaporan dalam talian,dan kelebihan dan kekurangan pelaporan dalam talian. Seterusnya, peningkatan bilangan syarikat yang menggunakan internet sebagai saluran berkomunikasi menyebarkan maklumat merupakan satu perkara yang menarik untuk diselidiki. Oleh yang demikian, kajian literaturterdahulu telah menjadi asas bagi penyelidik untuk membuat kajian pada masa hadapan. %K pelaporan kewangan %K pendedahan maklumat kewangan dan pelaporan kewangan %U http://www.fppsm.utm.my/download/doc_download/50-penggunaan-internet-dalam-menyalurkan-maklumat-korporat.html