%0 Journal Article %T Tekanan kerja di kalangan guru sekolah menengah %A Kamaruzaman Kamaruddin %J Jurnal Kemanusiaan %D 2007 %I Universiti Teknologi Malaysia %X Artikel ini mengkaji tahap tekanan kerja di kalangan guru sekolah menengah. Di samping itu, kajian ini juga melihat kedudukan lima faktor utama yang mempengaruhi tekanan kerja yang dialami oleh guru. Selanjutnya, kajian ini juga mengkaji peranan demografi terhadap tekanan kerja guru-guru tersebut. Seramai 40 orang guru dari dua buah sekolah menengah (Gred A dan B) di Rantau Panjang, Kelantan telah dipilih sebagai sampel kajian ini. Penyelidik menggunakan Teacher Stress Inventory (Boyle et al., 1995) sebagai instrumen untuk mengukur tahap tekanan kerja guru manakala bagi mengukur kedudukan faktor-faktor yang mempengaruhi tekanan kerja guru, penyelidik menggunakan Self Report Teacher Stress (Dunham, 1992). Dapatan menunjukkan bahawa seramai 57.2% guru mengalami tahap tekanan kerja sederhana, 37.2% mengalami tahap tekanan kerja rendah manakala hanya 4.7% guru yang mengalami tahap tekanan kerja tinggi. Kajian ini juga menunjukkan bahawa faktor salah laku pelajar adalah faktor yang paling signifikan dari lima faktor utama yang menyebabkan tekanan kerja guru. Penyelidik mencadangkan agar pihak sekolah dapat mengambil langkah terhadap pelaksanaan polisi disiplin yang mantap, memperlengkapkan kemudahan asas dalam membantu pengajaran dan pembelajaran, pengagihan tugas yang sesuai dan peka terhadap perhubungan di antara guru serta menganjurkan kursus atau latihan kemahiran pengurusan tekanan kerja di kalangan guru. %U http://www.fppsm.utm.my/download/doc_download/47-tekanan-kerja-di-kalangan-guru-sekolah-menengah.html