%0 Journal Article %T Pemodelan Hidrologi - Hidraulik Aliran Air Songsang Dan Analisis Saiz Partikel Sedimen Sungai Chini, Pahang %A Mohd Ekhwan Toriman %A Mohd Khairul Amri Kamarudin %A Nor Azlina Abd Aziz %A Muhamad Barzani Gasim %J e-BANGI : Journal of Social Sciences and Humanities %D 2009 %I Universiti Kebangsaan Malaysia %X Aliran air songsang merupakan aliran abnormal waktu banjir akibat kemasukan air sungai utama ke anak sungai. Kemasukan air Sungai Pahang beserta sedimen terampai yang banyak telah menyumbang terhadap pemendapan sedimen yang aktif dan bersaiz halus di Sungai Chini. Artikel ini membincangkan hasil kajian mengenai penentuan saiz bahan sedimen yang telah dijalankan di Sungai Chini pada dua musim yang berbeza iaitu musim normal (16/8/08) dan musim hujan (4/12/08). Sebanyak tiga stesen persampelan telah dipilih. Parameter yang telah diguna bagi tujuan kajian adalah berdasarkan kepada jenis taburan saiz partikal sedimen (g). Pengelasan mengikut saiz bahan telah dikira dan ditentukan melalui nilai skala Phi (o) bagi mengira pelbagai nilai statistik seperti median, min (M), sisihan piawai (D) dan pencongan (S). Nilai luahan sungai (m3/s) dan beberapa data hidraulik lain juga dikira bagi pemodelan simulasi dengan menggunakan perisian XP-SWMM. Simulasi dijalankan bertujuan melihat aliran sebenar yang berlaku ketika kajian dijalankan serta mengenalpasti masalah semasa yang timbul. Keputusan kajian yang diperolehi dengan saiz partikel yang ditunjukan oleh nilai statistik Min (M) adalah jenis butiran yang kasar, iaitu di antara phi o 0.00 ke phi o 1.00. Sisihan Piawai (D) menunjukkan tahap keseragaman endapan yang buruk dan sangat buruk, iaitu di antara phi o 1.00 ke phi o 4.00 dan Pencongan (S) adalah bersaiz butiran yang sederhana hingga ke sangat halus (phi o +0.10 ke phi o +1.00). %K Pemendapan sedimen %K saiz partikel sedimen %K aliran songsang %K Simulasi %K Skala Phi %U http://pkukmweb.ukm.my/e-bangi/papers/2009/amri09.pdf