%0 Journal Article %T Pembangunan Dan Impak Terhadap Keselamatan Dan Kesejahteraan Penduduk Setempat: Analisis Jaringan Di Wilayah Pembangunan Iskandar Johor %A Er Ah Choy %A Katiman Rostam %A Aishah@Eshah Hj. Mohamed %A Zaini Sakawi %J e-BANGI : Journal of Social Sciences and Humanities %D 2009 %I Universiti Kebangsaan Malaysia %X Aktiviti pembangunan menghasilkan kesan ke kawasan sekitarnya terutama dari segi pertambahan penduduk, peningkatan aktiviti ekonomi, penggunaan infrastruktur asas dan eksploitasi sumber. Artikel ini bertujuan menganalisis impak pembangunan di Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) khususnya pembangunan perindustrian terhadap alam sekitar dan kesejahteraan penduduk setempat. Analisis jaringan dilakukan untuk mengkaji jaringan antara kerajaan, industri serta masyarakat dalam usaha menangani isu alam sekitar. Data sekunder diperolehi daripada laman web WPI Johor, Pejabat Pengurusan Wilayah Iskandar Johor, Majlis Bandaraya Johor Bahru dan Pihak Berkuasa Tempatan. Data primer diperolehi melalui temu bual berdasarkan set soalselidik dengan penduduk setempat pada bulan November 2009 hingga Januari 2010. Kajian lapangan tersebut bertujuan memperolehi persepsi penduduk setempat tentang impak pembangunan WPI terhadap alam sekitar. Kaedah pensampelan berkelompok digunakan untuk memilih 100 orang responden. Maklumat juga diperolehi melalui analisis kandungan dokumen berkaitan serta temu bual dengan informan utama. Data terkumpul diproses dengan program SPSS dan dianalisis menggunakan korelasi Spearman. Hasil kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara pencemaran alam sekitar dengan aktiviti perindustrian (rs = 0.257, p %K Analisis Jaringan %K Kesejahteraan dan Keselamatan %K Pembangunan Perindustrian %K Alam Sekitar %K Wilayah Pembangunan Iskandar %U http://pkukmweb.ukm.my/e-bangi/papers/2009/erahchoy09.pdf