%0 Journal Article %T Penilaian Ciri Fiziko-kimia Tanih Pasir Di Persekitaran Dataran Banjir Sg. Langat, Selangor Untuk Penanaman Rumput Dan Pertanian %A Sahibin Abd. Rahim %A Wan Mohd. Razi Idris %A Zulfahmi Ali Rahman %A Tukimat Lihan %J e-BANGI : Journal of Social Sciences and Humanities %D 2009 %I Universiti Kebangsaan Malaysia %X Kajian ke atas ciri fiziko-kimia pasir dari dataran banjir Sg. Langat telah dilakukan. Sebanyak tiga stesen persampelan (S1, S2 dan S3) telah dipilih untuk mengambil sampel tanah yang diuji. Ciri fiziko-kimia yang ditentukan adalah pH, kekonduksian elektrik, kandungan bahan organik, taburan saiz, ketumpatan, potensi penahanan air dan potensi sejatan. Nilai pH ditentukan dalam larutan air:tanah dalam nisbah 2.5:1. Kekonduksian elektrik ditentukan dari ekstrak gipsum tepu. Taburan saiz zarahan ditentukan menggunakan kaedah pipet dan ayakan kering. Kandungan bahan organik ditentukan dengan kaedah kehilangan menerusi pembakaran. Kekonduksian hidrolik ditentukan menerusi kaedah jatuhan kepala tekanan. Evaporasi tanih diukur dari kehilangan berat harian sampel. Ketumpatan pukal dan jumlah ruang rongga didapatkan secara perkiraan. Penahanan air ditentukan dengan membiarkan didapatkan dengan membiarkan tanih tepu air menyalir untuk mencapai had basah. Nilai pH tanih pasir di sekitar 4.93 hingga 5.57. Nilai kekonduksian elektrik adalah di bawah 3.4 mS.cm-1. Tanih didominasi oleh saiz pasir sangat halus dan pasir halus dengan kandungannya di S1, S2 dan S3 masing-masing 28.5, 29.5 dan 25.0% dan 38.1, 23.2 dan 24.2%. Kandungan pasir yang tinggi menyebabkan air dipegang oleh butiran pasir dengan sedutan yang rendah iaitu dari -0.19 hingga -1.67 bar. Ketumpatan pukal tanih adalah sederhana dan kandungan bahan organiknya sangat rendah ( %K Tanih pasir %K dataran banjir %K Sg Langat %K ciri fiziko kimia %K kedapatan air %U http://pkukmweb.ukm.my/e-bangi/papers/2009/sahibin09.pdf