%0 Journal Article %T Muatan Sedimen Terampai Dan Perkaitannya Dengan Penghasilan Muatan Sedimen Pada Musim Kering Dan Hujan Di Tasik Chini, Pahang %A Nurul Syazwani Ab Rani %A Mohd Ekhwan Toriman %A Mushrifah Hj Idris %A Nor Rohaizah jamil %J e-BANGI : Journal of Social Sciences and Humanities %D 2009 %I Universiti Kebangsaan Malaysia %X Hasil muatan sedimen terampai dari Sungai Chini yang merupakan salah satu daripada sungai pembekal aktif Tasik Chini, Pahang telah dikaji berdasarkan 3 stesen persampelan pada musim normal dan musim hujan. Pencerapan data pada musim normal dilakukan pada 16/08/08, 31/08/08 dan 13/09/08. Manakala, pada musim hujan pada 4/12/08, 25/12/08 dan 25/01/09. Dua parameter telah diukur, iaitu nilai luahan (Q) sungai m3/s dan konsentrasi sedimen (mg/L). Pada musim normal anggaran Q di ketiga-tiga stesen adalah 48, 608, 640 L/ hari, 86, 875, 200 L/ hari dan 95, 264, 640 L/ hari. Manakala, pada musim hujan anggaran Q adalah 66,795,840 L/ hari, 381,801,600 L/ hari dan 300,888,000 L/ hari. Konsentrasi muatan sedimen terampai yang direkodkan di ketiga-tiga stesen pada musim normal dan hujan juga menunjukkan nilai yang berbeza. Pada 16/08/08, muatan sedimen yang direkodkan di ketiga-tiga stesen adalah 17.2 mg/L, 42 mg/L dan 22.4 mg/L. Seterusnya, 32.8 mg/L, 37.6 mg/L, 36.8 mg/L pada 31/08/08 dan pada 13/09/08 muatan sedimen terampai adalah 17.6 mg/L, 38.4 mg/L dan 38.8 mg/L. Manakala, pada musim hujan nilai muatan sedimen terampai pada 4/12/08 adalah 28.8 mg/L, 56 mg/L dan 71.2 mg/L. Pada 25/12/08 muatan sedimen terampai adalah 21.6 mg/L, 19.6 mg/L dan 39.2 mg/L dan 20.8 mg/L, 42.8 mg/L dan 36 mg/L pada 25/01/09. Secara puratanya, apabila nilai muatan sedimen terampai ditukarkan kepada penghasilan muatan sedimen per tahun ialah 20,984.52 kg/km2/tahun (20.65 tan/km2/tahun) pada musim normal dan 86,248.68 kg/km2/tahun (84.88 tan/km2/tan). %K Muatan sedimen terampai %K luahan sungai %K konsentrasi muatan sedimen terampai %K Sungai pembekal aktif Tasik Chini %U http://pkukmweb.ukm.my/e-bangi/papers/2009/wani09.pdf