%0 Journal Article %T Bahan-bahan Perhubungan Media: Dari Organisasi Ke Media Massa Di Malaysia %A Mohd Yahya Mohamed Ariffin %A Md. Sidin Ahmad Ishak %J e-BANGI : Journal of Social Sciences and Humanities %D 2010 %I Universiti Kebangsaan Malaysia %X Objektif utama kajian ini adalah untuk meneliti bahan perhubungan media yang diterima oleh industri media massa di Malaysia. Bahan perhubungan media merupakan alat yang penting dalam industri perhubungan awam di Malaysia. Penggunaan bahan-bahan tersebut untuk komunikasi pemasaran dianggap sangat berkesan, berjaya, mudah dan murah. Kaedah analisis kandungan digunakan terhadap bahan perhubungan media yang diterima daripada pelbagai organisasi. Sebanyak 420 bahan perhubungan media dikumpul daripada dua organisasi media. Hasil kajian menunjukkan yang bahan diterima adalah daripada pelbagai kategori organisasi awam dan swasta. Terdapat pelbagai isu dalam bahan perhubungan media yang diterima terutamanya isu sosial dan ekonomi. Kebanyakan bahan perhubungan media ini mengandungi informasi penting yang diperlukan oleh media massa termasuk nama organisasi penghantar, nombor telefon dan faksimili, alamat e-mel dan laman web. %K Perhubungan awam %K Bahan perhubungan media %K Media massa %K Informasi organisasi %U http://pkukmweb.ukm.my/e-bangi/papers/2010/yahya010.pdf