%0 Journal Article %T Dasar fiskal dan asakan keluar mengikut sub-sektor perbelanjaan kerajaan di Malaysia %A Nor Asmat bt Ismail %A Abdul Ghafar Ismail %A Zulkifly Osman %J Jurnal Kemanusiaan %D 2011 %I Universiti Teknologi Malaysia %X Tujuan utama kajian ini ialah untuk menguji kesan asakan perbelanjaan kerajaan terhadap penggunaan swasta berasaskan pengalaman di Malaysia untuk tempoh 1970-2008 dengan menggunakan kaedah penganggaran GMM. Untuk tujuan ini, regresi yang berasingan dilakukan ke atas perbelanjaan mengurus dan perbelanjaan pembangunan. Hasil kajian mendapati bahawa setiap sub sektor perbelanjaan mengurus dan perbelanjaan pembangunan memberi kesan yang berbeza ke atas penggunaan swasta. Perbelanjaan mengurus bagi pertahanan, pertanian dan pembangunan luar bandar dan pengangkutan dan perhubungan mempunyai hubungan negatif dengan penggunaan swasta. Sebaliknya, perbelanjaan mengurus bagi keselamatan dalam negeri, kesihatan dan perdagangan dan perindustrian pula mempunyai hubungan positif denganpenggunaan swasta. Sementara itu, perbelanjaan pembangunan bagi keselamatan dalam negeri, kesihatan dan perkhidmatan am mempunyai kesan negatif ke atas penggunaan swasta. Perbelanjaan pembangunan bagi pertahanan, pendidikan, pertanian dan pembangunan luar bandardan perdagangan dan perindustrian pula memberi kesan positif ke atas penggunaan swasta. Implikasinya, kejutan dasar fiskal secara total tanpa membuat sebarang pilihan keutamaan tidak mungkin dapat meransang pertumbuhan ekonomi atau menjadi penimbal bagi mengimbangi kesan putaran dagangan. %K Kata kunci : dasar fiskal %K asakan keluar %K perbelanjaan kerajaan dan permintaan swasta %U http://www.fppsm.utm.my/academic-guide/doc_download/457-dasar-fiskal-dan-asakan-keluar-mengikut-sub-sektor-perbelanjaan-kerajaan.html