All Title Author
Keywords Abstract


Kandungan Logam Berat Dalam Persekitaran Tanih Dan Dillenia Suffruticosa Di Kawasan Lombong Pelepah Kanan, Kota Tinggi Johor

Keywords: Logam berat , tanih lombong , Kota Tinggi , koefisien pengumpulan biologi , Dillenia Suffruticosa

Full-Text   Cite this paper   Add to My Lib

Abstract:

Kajian ini dijalankan di kawasan lombong besi Pelepah Kanan di Kota Tinggi, Johor. Tiga bahagian tumbuhan (daun, batang dan akar) Dillenia suffruticosa serta substrat tanih yang menyokong pertumbuhannya dikumpulkan dari kawasan tanih lombong. Tujuan kajian ini ialah untuk menentukan kandungan logam berat dalam tanih dan tumbuhan Dillenia suffruticosa. Sebanyak 14 sampel tanih dan tumbuhan Dillenia suffruticosa dikumpul untuk dianalisis. Kandungan logam berat jumlah dalam tanih diekstrak dengan asid nitrik dan asid perklorik dalam nisbah 3:1 manakala kandungan logam berat tersedia dalam tanih diekstrak dengan larutan ammonium asetat-asid asetik. Kandungan logam berat dalam tumbuhan pula diekstrak melalui kaedah penghadaman basah. Kandungan logam berat di dalam larutan hasilan ekstrak tanih dan tumbuhan ditentukan dengan Spektrofotometer Penyerapan Atom Nyalaan (Perkin Elmer Model 3300). Hasil kajian menunjukkan bahawa Fe mencatatkan kepekatan purata jumlah yang tertinggi di dalam tanih diikuti oleh Mn, Sn, Co, Cu, Pb, Zn, Ni, Cd dan Cr. Kepekatan purata logam berat tersedia dalam susunan menurun adalah serupa dengan purata kepekatan jumlah. Logam berat yang banyak diambil oleh tumbuhan berdasarkan BACnya adalah Ni, Mn, Cr, Sn, Zn dan Cu. Didapati tumbuhan Dillenia suffruticosa ini sesuai sebagai agen fitoremidiasi untuk logam-logam ini.

Full-Text

comments powered by Disqus