全部 标题 作者
关键词 摘要


Hubungan budaya organisasi dengan perkongsian pengetahuan

Keywords: pengurusan pengetahuan , perkongsian pengetahuan , budaya organisasi

Full-Text   Cite this paper   Add to My Lib

Abstract:

Globalisasi telah meningkatkan tahap persaingan perniagaan. Daya saing sesebuah organisasi bukan lagi bergantung kepada kadar buruh yang murah dan polisi perlindungan daripada pihak kerajaan. Ramai berpendapat teknologi merupakan kompetensi utama yang perlu dimiliki oleh sesebuah organisasi untuk terus bersaing dan keupayaan teknologi dalam mengangkat daya saing sesebuah organisasi dipengaruhi oleh pengurusan pengetahuan. Antara komponen penting dalam pengurusan pengetahuan adalah perkongsian pengetahuan. Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti hubungan antara budaya organisasi dan tahap perkongsian pengetahuan. Elemen budaya organisasi yang dikaji meliputi kepercayaan, komunikasi antara pekerja, orientasi pasukan dan struktur organisasi. Seratus borang soal selidik telah diedarkan kepada pelajar sarjana di empat buah fakulti di Universiti Teknologi Malaysia. Data yang diperolehi telah dianalisis dengan kaedah regresi berganda. Hasil analisis menunjukkan bahawa komunikasi antara pekerja dan kepercayaan memberi kesan positif yang signifikan kepada perkongsian pengetahuan. Cadangan akademik dan praktikal diutarakan.

Full-Text

comments powered by Disqus